BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESESUAIAN
A) GAMBAR INTERNET
Elemen: Kesesuaian
Tema: Pantai
Rujukan: https://images.app.goo.gl/s6eWRyAufiQsfPTU8
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik
kesesuaian. Hal ini kerana, gambar di atas menggambarkan suasana di pantai yang
mana terdapat lima orang sedang menikmati suasana di persisiran pantai.
Kelihatan mereka yang gembira dan senang menikmati keadaan di pantai yang
tenang dan mendamaikan. Kelihatan langit yang berwarna jingga kemerahan
menandakan suasana waktu yang hampir senja.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Pendidikan
Huraian: Penekanan elemen dalam gambar tersebut ialah elemen asas grafik kesesuaian. Latar
belakang yang sesuai menunjukkan tema yang ingin disampaikan iaitu setiap
manusia mestilah mempunyai ilmu pengetahuan supaya dapat menjadi manusia yang
berguna pada masa hadapan. Latar yang diletakkan seperti gambar imej buku dan
sebagainya yang melibatkan perkara yang dipelajari di sekolah . Penggunaan
garisan yang berjalur mampu memperlihatkan bahawa perjalanan masih jauh lagi,
banyak pengalaman yang mesti kita
belajar dan gapai terlebih dahulu .Gambar seorang lelaki yang memakai
beg sekolah menunjukkan semangat budak lelaki tersebut untuk menimba ilmu
pengetahuan. Gambar tersebut sangatlah sesuai kerana penggunaan latar yang
tepat dan jelas mampu meningkatkan kefahaman apabila melihat gambar tersebut.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Suasana pada malam raya
Rujukan: https://www.hmetro.com.my/minda/dialoka/2017/06/239896/seronok-sambut-hari-raya-ketika-cuti-panjang
Huraian: Foto ini mempunyai elemen asas grafik kesesuaian kerana latar belakang, situasi orang sekeliling dan waktu yang diperlihatkan sangat menepati antara satu sama lain. Foto ini berlatar belakangkan sebuah rumah yang dihiasi lampu kelip-kelip yang berwarna-warni dan pelita api. Ditambah pula dengan watak kanak-kanak dan ibu bapa sedang bermain bunga api. Walaupun tidak berbaju tradisional melayu kita masih dapat menangkap imej tersebut ingin menyampaikan mesej suasana di malam hari raya.
Elemen: Kesesuaian
Rujukan: http://qairinatailoring.blogspot.com/2020/08/suasana-di-kampung.html
Tema: Suasana di kampung
Huraian: Gambar seorang emak
dan dua orang anaknya sedang menikmati suasana di kampungya. Mereka mengambil
gambar di tengah jalan raya yang dihiasi dengan sawah di kiri dan kanan mereka.
Kelihatan matahari mulai terbenam menunjukkan suasana pada waktu petang. Dalam
elemen ini, grafik sangat bersesuaian dengan latar tempat, latar masa dan latar
watak.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Kampung
Rujukan: https://najwastory.com/2020/03/09/tempat-viral-instagrammable-kg-agong-penaga/
Huraian: Foto kanak-kanak sedang berjalan di kampung. Suasana kampung yang amat mendamaikan. Suasana petang di kampung sangatlah damai. Tiupan angin ditunjukkan pada daun pokok kelapa. Maka, gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik kesesuaian.
Tema: Nutrisi
Huraian: Papan iklan tersebut
mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu kesesuaian. Papan iklan tersebut
menyampaikan mesej tentang produk mininum berkhasiat yang khususnya untuk golongan
warga emas, iaitu yang berumur 60 tahun ke atas. Gambar watak lelaki yang
berambut putih dan kelihatan berusia 60 lebih digunakan pada papan iklan
tersebut bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan. Dengan ini, dikatakan
bahawa papan iklan tersebut merupakan grafik yang bersesuaian dengan latar
watak dan latar belakang.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Perayaan
Huraian: Grafik yang digunakan
bersesuaian dengan latar yang terdapat di dalam foto tersebut. Latar masa,
latar tempat dan latar watak di dalam foto itu berkait antara satu sama lain.
Latar tempat di dalam foto itu adalah di luar rumah, latar masa pula pada waktu
malam dan latar wataknya, terdapat empat orang yang sedang bergembira bermain
bunga api bersama. Maka jelaslah bahawa foto itu mengandungi elemen asas grafik
kesesuaian.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Solat berjemaah
Rujukan: https://iluminasi.com/img/upload/iluminasi-sejarah-hari-raya4-279.jpg
Huraian: Elemen asas grafik kesesuaian
ditunjukkan melalui kesesuaian bahan grafik dengan latar. Latar terbahagi
kepada tiga latar iaitu latar tempat, latar masa dan latar watak. Gambar di
atas menunjukkan jemaah yang sedang menunaikan solat di sebuah masjid. Watak
dalam gambar menunjukkan kesesuaian dan berkaitan antara satu dengan yang lain
yang menunjukkan keadaan yang ingin difokuskan.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Kampung halamanku
Huraian: Gambar di atas
mempunyai elemen grafik yang utama iaitu elemen kesesuaian. Elemen kesesuaian
ini didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar seperti latar
tempat yang terdapat dalam gambar di atas. Foto di atas merujuk kepada sebuah
kampung dan terdapat seorang lelaki sedang menunggang motosikal. Keadaan langit
yang hampir gelap jelas kelihatan pada waktu senja dan dihiasi dengan warna
hijau padang rumput di sebelah bawah foto.
Tema: Alam sekitar
Huraian: Gambar di atas
melibatkan kesemua lima aspek grafik
namun demikian aspek kesesuaian lebih menyerlah. Ini dapat dilihat
melalui latar tempat, latar masa dan latar watak yang sesuai. Gambar di atas memberi
gambaran berkenaan dengan tema 'Go Green' dan bagaimana kita boleh melaksanakan 'Go Green' tersebut. Ada juga watak yang menunjukkan aksi membuang sampah yang
jelas menunjukkan cara untuk melaksanakan 'Go Green' tersebut. Grafik-grafik
dalam gambar di atas juga bersesuaian dengan tema 'Go Green'.
B) GAMBAR SENDIRI
Elemen:
Kesesuaian
Tema:
Perkahwinan
Rujukan:
Fariesya Nabila binti Mat Noh
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik yang utama iaitu elemen kesesuaian. Gambar di atas menunjukkan gambar pasangan pengantin yang melakukan sesi fotografi di luar. Langit di belakang yang kelihatan luas kebiruan menandakan suasana dalam gambar tersebut adalah pada waktu petang. Latar tempat, latar masa dan juga latar watak yang berkait menunjukkan bahawa gambar di atas mempunyai elemen kesesuaian.
Elemen:
Kesesuaian
Tema: Semasa
majlis anugerah
Rujukan:
Ellyliddia bt Rolling
Keterangan:
Penekanan yang ada di dalam gambar tersebut adalah tentang kesesuaian. Gambar
tersebut menunjukkan pelajar-pelajar yang baru tamat persekolahan serta pelajar tersebut juga
memakai jubah. Ini menunjukkan bahawa gambar tersebut diambil semasa hari
penyampaian anugerah. Latar belakang yang sesuai digunakan iaitu di dalam
dewan dan kelihatan mereka sangat gembira semasa majlis tersebut berjalan
dengan lancar. Kesesuaian latar yang menyebabkan timbul suasana yang harmoni dan
berkaitan antara satu sama lain.
Elemen:
Kesesuaian
Tema:
Beriadah di tepi pantai
Rujukkan:
Siti Nuratiqah Binti Rahmat
Keterangan:
Elemen asas grafik kesesuaian dapat dilihat di dalam gambar ini kerana latar watak, latar masa, dan
latar belakang berhubung kait. Foto yang memaparkan latar belakang laut, langit
yang berwarna biru serta watak yang sedang beriadah atau bermandi-manda di
situ. Dari foto ini, sudah cukup jelas
memperlihatkan suasana yang sewajarnya apabila berada di pantai. Malahan waktu
yang diperlihatkan juga sesuai dengan aktiviti utama yang kita lakukan di pantai.
Elemen: Kesesuaian
Rujukan: Nur Iffah Syakirah Binti Md Sham
Tema:
Pulau
Huraian: Sekeping gambar menunjukkan seorang wanita kelihatan gembira berenang di sebuah
pulau. Kelihatan pemandangan yang indah dengan cuaca yang redup. Pemandangan di
belakang mencantikkan lagi gambar tersebut. Grafik ini bersesuaian kerana
adanya latar tempat iaitu di Pulau Mabul, latar masa iaitu pada waktu petang
dan latar watak iaitu seorang wanita
Elemen: Kesesuaian
Tema:
Pusat kuarantin
Rujukan: Nureedayu Zapuri
Huraian: Foto tersebut menunjukkan suasana di tempat kuarantin. Kelihatan banyak aktiviti sendiri yang sedang dilakukan oleh pesakit. Terdapat juga keadaan suasana awal malam di pusat kuarantin. Maka, foto ini menunjukkan adanya elemen asas grafik kesesuaian.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Ilmu pengetahuan
Rujukan: Na Li Xian
Huraian: Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu kesesuaian.
Gambar tersebut menyampaikan mesej tentang suatu pameran buku yang akan
diadakan di Sunway Pyramid. Gambar buku yang berada di hujung kanan berkait rapat dan bersesuaian dengan
mesej yang ingin disampaikan. Dengan ini, dikatakan bahawa gambar tersebut
merupakan grafik yang bersesuaian dengan latar belakangnya. Pada masa yang
sama, warna teks dan latar belakang yang digunakan adalah sesuai.
Elemen:
Kesesuaian
Tema:
Pengangkutan awam
Rujukan:
Adillah binti Anuar
Huraian:
Foto orang yang sedang berada di dalam pengangkutan awam ini sangat sesuai
dengan latar masa dan latar tempat yang ada. Setiap orang tidak menghiraukan
hal orang lain dan hanya menumpukan dengan diri masing-masing. Begitulah
keadaan yang sering kali terjadi apabila menggunakan pengangkutan awam. Foto
ini mengandungi elemen asas grafik kesesuaian.
Elemen:
Kesesuaian
Tema:
Muzium Kota Kuala Kedah.
Rujukan:
Salimah Ahmad
Huraian: Grafik di atas menunjukkan elemen asas grafik kesesuaian. Foto ini menunjukkan fokus utama iaitu tembok dan rumah api lama yang bersesuaian dengan persekitaran muzium. Kedua-dua benda dalam grafik mempunyai ciri yang menunjukkan fungsi kesejarahan masing-masing. Oleh itu, jelas menunjukkan bahan grafik ini bersesuaian dengan latar tempat.
Elemen: Kesesuaian
Tema:
Persahabatan
Rujukan: Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi
Huraian: Gambar ini mempunyai elemen grafik yang umum iaitu elemen kesesuaian. Elemen
kesesuaian ini merujuk pada latar tempat, latar masa dan latar watak dalam
sesuatu foto. Foto ini kelihatan empat orang kanak-kanak sedang bermain permainan
tradisional iaitu tarik upih pinang di kawasan lapang sebuah kampung. Langit
membiru menunjukkan suasana pada waktu petang. Terdapat tulisan di bawah foto
tersebut yang menunjukkan “Persahabatan” antara mereka.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Makanan
Rujukan: Dinesha Samy
Huraian: Gambar di atas dapat dikelaskan di
bawah elemen asas grafik kesesuaian. Disebabkan oleh kesesuaian dari segi latar tempat, latar masa dan latar watak yang berkait antara satu sama lain. Grafik makanan telah diletakkan untuk menunjukkan makanan yang
ingin difokuskan serta untuk menarik perhatian pembeli dengan mempromosikan harga
sekali dalam gambar grafik tersebut.
Ketua Elemen Kesesuian: ADILLAH BINTI ANUAR (204098)
Penolong Ketua: FARIESYA NABILA BINTI MAT NOH (203918)
No comments:
Post a Comment