BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-WARNA
A) GAMBAR INTERNET
Elemen: Warna
Tema: Kesihatan
Huraian: Papan iklan tersebut mengandungi elemen asas grafik
utama, iaitu warna. Warna yang
digunakan dalam papan iklan tersebut tidak melebihi tiga unsur warna, iaitu
biru dan putih. Kedua-dua warna tersebut bersesuaian dengan mesej yang
disampaikan, iaitu produk air mineral yang berwarna “biru muda”. Penggunaan
warna biru dan putih dalam papan iklan tersebut menimbulkan perasaan
keharmonian dan keselesaan pada mata kerana tiada kehadiran unsur warna yang
terlalu banyak.
Elemen: Warna
Tema: Billboard Sabella
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik yang utama, iaitu warna. Dengan adanya warna merah yang terang dapat menarik perhatian orang ramai untuk melihatnya. Bagi menghasilkan sebuah grafik yang menarik, gambar tersebut seharusnya tidak mengandungi lebih daripada tiga warna. Sesuai dengan grafik di atas yang hanya mempunyai tiga warna iaitu merah, merah gelap dan putih.
Elemen: Warna
Tema: Minuman
Huraian: Gambar ini merangkumi
kesemua lima aspek grafik tetapi aspek warna lebih menyerlah. Disebabkan oleh pemilihan warna yang menepati dengan gambar jagung tersebut. Pemilihan warna
yang minimal dan tidak menggunakan banyak warna menjadi elemen utama dalam gambar tersebut. Warna juga nampak terang,
menonjol serta menarik perhatian pembeli untuk membelinya. Dari pemilihan warna
tersebut, mesej dapat disampaikan dengan jelas.
Elemen: Warna
Tema: Manusia dan alam semula jadi
Rujukan: https://foto.co.id/3-tipe-kamera-digital-low-end-terbaik/
Huraian: Elemen warna didefinisikan
sebagai kombinasi warna atau satu warna dalam foto. Warna yang terdapat di dalam gambar ini ialah
merah, putih dan hitam. Penggunaan tiga warna ini sangat seimbang. Warna putih
pada baju yang dikenakan oleh jurukamera tersebut sangat terang daripada warna
latar belakangnya yang membuatkan orang ramai akan memfokuskan tumpuan kepada perempuan itu.
Foto ini dengan jelasnya menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah
iaitu merah, putih dan hitam.
Elemen: Warna
Tema: Iklan
Rujukan:
Huraian: Gambar tersebut
mengandungi elemen asas grafik warna. Hal ini kerana kombinasi warna yang
digunakan dalam gambar tersebut menarik dan sesuai. Penggunaan warna latar
belakang sama dengan warna logo. Maka, ianya lebih menarik dan sekali gus
menarik minat pengguna.
Elemen: Warna
Tema: Lukisan
Rujukan: https://images.app.goo.gl/K7VPZUX9jXjrasNv6
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik warna. Gambar tersebut menunjukkan sebuah lukisan bunga yang menggunakan warna-warna yang menyerlah. Warna yang digunakan seperti ungu, merah dan juga kuning serta warna hijau pada permukaan lukisan tersebut. Warna yang digunakan pada bahagian bunga ialah warna yang terang dan menyerlah yang mana memberi penekanan dan fokus pada bunga tersebut.
Elemen: Warna
Tema: Bunga
Rujukan: http://m.my.visions-led.com/outdoor-led-display/p10-full-color-advertising-billboard-screen.html
Huraian: Foto di papan tanda
ini menggunakan warna yang sangat menarik dan boleh menarik minat sesiapa
sahaja yang melihat papan tanda tersebut. Kombonasi warnanya juga sesuai dengan
gambar yang digunakan. Walaupun foto tersebut menggunakan lebih daripada dua
warna namun, perkara itu tidak menjejaskan mesej yang ingin disampaikan.
Penggunaan warna yang menyerlah seperti warna merah di papan tanda tersebut
memberi penekanan kepada orang ramai untuk melihatnya.
Elemen: Warna
Tema: Kepulauan
Rujukan: https://www.maisinggah.com/pulau-di-malaysia/
Huraian: Sekeping gambar yang menunjukkan sebuah pantai yang berwarna
biru kehijauan dan kelihatan sebuah bot persiaran berwarna putih terdampar di
tepi pantai. Pokok yang menghijau menaikkan lagi warna dalam gambar tersebut.
Terdapat juga warna awan yang kebiruan. Gambar ini jelas menarik kerana
mempunyai warna yang menyerlah dan dapat memfokuskan kepada keindahan pantai,
bot dan awan.
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Huraian:
Penekanan elemen yang lebih dilihat pada papan tanda tersebut ialah elemen warna. Hal ini kerana, elemen warna
merah yang digunakan sangat menyerlah dan menampakkan bahawa papan tersebut
lebih menyerlah kerana ia bertujuan untuk memperkenalkan suatu produk
baharu. Penggunaan warna merah sebagai warna utama dan kemudian diletakkan
dengan kentang yang berwarna kuning dijadikan sebagai tulisan pada papan tanda
tersebut. Warna putih pula digunakan sebagai warna kepada tulisan “Mari Tidak
Sombong” pula menunjukkan bahawa kemasukan warna putih juga menonjol dengan warna
papan tersebut. Sekiranya ingin membuat sesuatu papan iklan atau apa-apa
sahaja, elemen warna mestilah diambil kira terlebih dahulu supaya apa yang
ingin disampaikan akan lebih jelas dan mudah diterima oleh pengguna jalan raya
atau sesiapa sahaja.
Tema: Seroja
Huraian:
Grafik di atas menunjukkan adanya elemen asas grafik warna. Objek utamanya ialah bunga seroja
berwarna merah jambu cerah. Debunganya pula berwarna kuning. Batang bunga
seroja dan latar belakang menggunakan warna hijau gelap. Kombinasi warna ini
menjadikan grafik ini menarik.
B) GAMBAR SENDIRI
Elemen: Warna
Tema: Kehijauan
Rujukan: Na Li Xian
Huraian: Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik utama,
iaitu warna. Warna yang
digunakan dalam papan iklan tersebut tidak melebihi tiga unsur warna, iaitu
hijau dan hitam sahaja. Kedua-dua warna tersebut bersesuaian dengan mesej yang
disampaikan, iaitu berkait rapat dengan tumbuhan yang juga berwarna hijau.
Penggunaan warna hijau sebagai latar belakang dalam gambar yang sama dengan warna
tumbuhan telah mewujudkan keselarasan bagi keseluruhan gambar. Warna teks hitam
yang digunakan dalam gambar bertentangan dengan latar belakang warna hijau
dapat menunjukkan tajuk “Save our EARTH” dengan jelas sekali.
Elemen: Warna
Tema: Masjid Kristal
Rujukan: Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi
Huraian: Foto di atas menunjukkan sebuah elemen grafik yang utama
iaitu elemen warna. Warna yang terdapat pada sesuatu objek dapat menarik minat
orang ramai untuk melihatnya. Warna biru pada masjid itu dan latar belakang
yang berwarna hitam telah menyebabkan foto ini sangat jelas kelihatan sebuah
masjid. Bagi menyerlahkan sebuah foto, seharusnya mempunyai tiga warna seperti
foto di atas mempunyai warna hitam, biru dan putih.
Elemen: Warna
Tema: Rangkaian Internet
Rujukan: Dinesha Samy
Huraian: Gambar di atas dapat dikelaskan dalam elemen asas grafik warna. Disebabkan
oleh penggunaan warna yang tidak keterlaluan dalam gambar ini maka mesej yang disampikan juga jelas. Pemilihan warna yang standard sangat sesuai dengan gambar ini. Pemilihan warna ini dapat memberikan gambaran tentang apa yang ingin
difokuskan.
Elemen:
Warna
Tema: Alam semula jadi
Rujukan:
Siti Nuratiqah Binti Rahmat
Keterangan: Foto di atas adalah sebuah konkrit yang diwarnakan dengan warna kuning, merah jambu, jingga, merah, dan
hijau disertai dengan pokok yang berwarna hijau. Terdapat juga awan yang
memberikan sedikit elemen kebiruan. Kebiasaannya, elemen warna hanya akan
menerima tiga atau satu warna digunakan dalam foto, tetapi di dalam foto ini
terdapat enam warna yang menyerlah. Dengan ini, mereka akan lebih fokus kepada
konkrit berwarna tersebut, awan dan juga pokok.
Elemen: Warna
Tema: Produk
Rujukan: Nureedayu Zapuri
Huraian: Gambar tersebut mempunyai kombinasi warna latar belakang produk. Ianya menggunakan tiga warna untuk menghiasi latar belakang supaya kelihatan lebih menarik. Penggunaan warna itu juga memberikan fokus kepada produk. Penggunaan warna ini sangat sesuai dengan produk.
Elemen:
Warna
Tema:
Kafe
Rujukan:
Fariesya Nabila binti Mat Noh
Huraian:
Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik warna di mana menunjukkan sebuah
kafe. Gambar tersebut menunjukkan kerusi yang berwarna kuning dengan dinding
yang berlatarkan warna biru gelap serta di atas gambar tersebut mempunyai bingkai
gambar bertulis yang besar berwarna hitam. Di atas meja juga mempunyai pasu
yang berwarna kuning dan pokok kecil yang berwarna kehijauan. Dalam gambar
tersebut mempunyai tiga warna yang menyerlah seperti kuning, hijau dan hitam
yang memfokuskan kepada kerusi, pokok bunga dan juga bingkai gambar bertulis
tersebut.
Elemen: Warna
Tema: Seni
Rujukan: Adillah binti Anuar
Huraian: Foto ini jelas
mengandungi elemen grafik warna. Penggunaan warna yang menarik dapat menarik
minat orang ramai untuk melihatnya. Walaupun foto ini menggunakan banyak warna
yang berbeza namun ianya juga tidak kelihatan keterlaluan. Sesiapa yang melihatnya
dapat melihat jelas dalam foto tersebut terdapat banyak bentuk bulat dan
condong yang telah digantungkan mengikut warna yang berbeza.
Elemen: Warna
Rujukan: Nur Iffah Syakirah Binti Md Sham
Tema: Kehijauan
Huraian: Sekeping gambar seorang wanita yang mengenakan pakaian
berwarna jingga dan tudung berwarna biru. Pokok-pokok yang kehijauan di belakang
menaikkan lagi kecantikan gambar tersebut. Kelihatan juga awan yang berwarna
biru disertai dengan matahari terbenam. Gambar ini jelas menarik kerana
mempunyai elemen warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada seorang wanita,
pokok dan juga matahari terbenam.
Elemen: Warna
Tema: Pemandangan
Rujukan:
Ellyliddia Bt Rolling
Huraian:
Penekanan elemen grafik yang ada di dalam gambar tersebut adalah elemen warna.
Bunga raya yang berwarna merah menjadi fokus utama dalam gambar yang membuatkan
gambar tersebut lebih menyerlah atau timbul. Warna yang menjadi latar belakang
juga sangatlah sesuai sekiranya digabungkan dengan warna bunga tersebut. Latar
belakang yang berwarna gelap memainkan peranan yang penting supaya warna merah
tersebut timbul dengan lebih jelas dan kelihatan seperti dilihat secara
langsung (3D).
Elemen: Warna
Tema: Langit biru
Rujukan: Salimah Ahmad
Huraian: Foto di atas menunjukkan langit dan daun-daun pokok
yang mempunyai elemen warna. Latar belakang iaitu langit berwarna biru dan
disertai dengan warna putih pada gumpalan awan. Terdapat juga warna hijau pada
daun dan warna gelap pada bahagian ranting pokok. Foto ini menarik dengan
adanya empat jenis warna yang memfokuskan kepada tiga benda iaitu langit, awan
dan pokok.
Ketua Elemen Warna: NURFAQIHAH HUSNA BINTI MOHD TERMIZI (203923)
Penolong Ketua: DINESHA A/P SAMY (203931)
No comments:
Post a Comment