Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

PRA-ANDAIAN

EMOSI

NILAI DAN BUDAYA

BAHASA

INFERENS

 

1. Intuisi

1. Positif

1. Diri

1. Bahasa pertama/ kedua/ ketiga

1. Rumusan keseluruhan

 

2. Konteks

·     Penerimaan/Penafian

·     Keperluan

·     Perujukan

·     Anafora

·     Pengulangan

·     Kekaburan

·     Penegasan

 

2. Negatif

2.Masyarakat

2. Formal/ tidak formal

2. Rumusan topik perbincangan

3. Emosi Bercampur

3. Adat

·  Jujur, ikhlas, baik hati, kerajinan, kesyukuran, keserderhanaan

·  Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

·  Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

·  Keadilan, kebebasan rasional

3. Kesalahan bahasa

3. Penutup kata

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4. Linguistik

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.  Penerbit UMT, Kuala Nerus Terengganu.


Pra-andaian 

Pra-andaian ialah suatu perkara yang boleh dikatakan sebagai hipotesis yang bermaksud perkara yang dijangkakan pada awalnya. Pra-andaian dibahagikan kepada dua iaitu intuisi dan konteks. Intuisi adalah istilah untuk memahami apa yang disampaikan oleh penutur tanpa melalui pertimbangan apa-apa dan hanya bergantung kepada gerak hati semata-mata. Konteks pula ialah set andaian dalam menginterpretasi maklumat yang diungkapkan oleh penutur. 

Emosi

Emosi ialah satu perasaan yang mucul dalam diri seseorang pada zahirnya. Emosi juga boleh berubah-ubah mengikut situasi. Emosi boleh dibahagikan kepada dua iaitu emosi negatif dan emosi positif.

Nilai dan Budaya

Nilai dan buidaya sering dikaitkan dengan diri, masyarakat dan adat yang diamalkan. Nilai adalah perkara yang baik dan positif seperti rajin, hormat-menghormati dan lain-lain manakala budaya pula adalah adat yang diamalkan atau dipratikkan oleh masyarakat sehingga menjadi norma dalam kehidupan mereka.

Bahasa

Bahasa boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahasa pertama, bahasa kedua dan bahasa ketiga. Selain itu, bahasa dikategorikan kepada dua bahagian iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Kesalahan dalam bahasa ditekankan untuk diberi penekanan kepada pengguna bahsa supaya menggunakan bahasa yang betul. Di samping itu, aspek linguistik juga dititikberatkan supaya huraian nampak lebih jelas dan mudah difahami ramai. 

Inferens 

Inferens terdiri daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Setiap satu aspek mempunyai peranan penting untuk mencapai kesimpulan akhir. 


Bukti kehadiran pada 1 April 2021 (Khamis)

ADILLAH BINTI ANUAR (204098)






































































No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410

 Senarai Tajuk Tugasan BBM3410 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MU...