Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.  Penerbit UMT, Kuala Nerus Terengganu.


Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa

            Bapa Alim telah membeli pelbagai jenis buah-buahan di pasar tani pada hari Ahad lalu untuk dibawa pulang ke rumah untuk diberi kepada anak-anaknya kerana anak-anaknya iaitu Imran, Madinah, Alim dan Aisyah sangat gemar memakan buah-buahan, lagi-lagi buah-buahan tempatan. Antara buah yang dibawa balik ialah buah duku, buah maggis, buah langsat, buah rambut, buah durian dan lain-lain.

            Setelah tiba di rumah, orang pertama yang berjumpa bapa ialah Imran. Imran lalu berntayakan soalan kepada bapanya mengenai buah-buahan tersebut. Bapa menjawab persoalan Imran itu dan menyuruh Imran untuk memanggil adik-adik dan ibunya untuk menjamah buah-buahan itu bersama. Setelah memanggil mereka, kelihatan Madinah dan Aisyah seronok sekali kerana terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang disukainya.

            Melihat keadaan itu, ibu lantas memberi pesanan supaya Imran, Madinah, Alim dan Aisyah meletakkan semua sampah ke dalam bakul sampah yang telah disediakan. Hal ini demikian kerana, ibu takut rumah akan kotor dan bersepah sekiranya sampah itu dibuang dan dibiarkan di merata-rata tempat. Imran, Alim, Madinah dan Aisyah akur dengan pesanan ibu itu.

            Alim yang teringat akan pesan ibu dan bapanya iaitu, berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik, terus meminta izin ibunya untuk memberi Sulaiman sedikit buah-buahan yang ada itu. Ibu sangat berbangga dengan sikap Alim lalu memujinya sambil mengasingkan buah-buahan yang ingin diberikan kepada Sulaiman ke dalam plastik merah. Ibu memberi plastik merah yang berisi buah-buahan itu kepada Alim untuk diberi kepada Sulaiman. Ibu juga memberitahu Alim tentang keberadaan Sulaiman untuk mempermudahkan Alim mencarinya nanti. Alim kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada ibu dan terus berlari menuju ke rumah Sulaiman sambal membawa plastik merah yang berisi buah-buahan tersebut.

            Setelah berjaya menemui Sulaiman, Alim memberi plastik merah tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim di atas pemberiannya dan juga sebagai tanda penghargaan. Alim yang berpuas hati setelah berkongsi buah-buahan dengan Sulaiman terus berlari pulang ke rumah. Alim berpendapat bahawa Imran, Madinah dan Aisyah akan memahami perbuatannya itu dan turut akan mengaplikasikan perkara itu apabila dengannya.

            Setelah selesai makan, Alim menolong Imran, Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah. Alim bertanggungjawab untuk membuang sampah kulit buah-buahan yang telah dimakan Bersama keluarganya itu ke dalam tong sampah besar di luar rumahnya. Semasa dalam perjalanan untuk membuang sampah, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar rumah.

Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim di atas pemberiannya kepada Sulaiman sebentar tadi lalu memujinya kerana tindakannya itu. Namun, Mak Cik Timah kelihatan sedih setelah bercakap dengan Alim. Alim berasa hairan dengan kelakuan Mak Cik Timah. Alim terus bertanyakan soalan kepada Mak Cik Timah terhadap kelakuannya itu. Akan tetapi, Mak Cik Timah mengatakan yang dia tidak sedih sebaliknya gembira kerana Alim bersikap baik dengan Sulaiman. Setelah mengatakan itu, Mak Cik Timah berjalan pulang ke rumahnya sambal mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.




ADILLAH BINTI ANUAR (204098)


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410

 Senarai Tajuk Tugasan BBM3410 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MU...