Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Siluet merujuk kepada gambar yang berkonsepkan gelap dan mempunyai cahaya yang sedikit. Latar belakangnya cerah namun objek yang ingin difokuskan gelap. Walaupun begitu objeknya tetap akan kelihatan bentuknya dengan jelas dan boleh difahami oleh sesiapa sahaja yang melihat gambar tersebut.
1) Siluet Manusia
Papan Cerita 1
Model: Fazrinah Arinah
Lokasi: Padang Golf UPM
Huraian: Gambar ini diambil untuk memfokuskan kepada siluet model tersebut. Walaupun latar belakangnya mempunyai cahaya yang sedikit, namun model tetap kelihatan jelas di dalam gambar.
Papan Cerita 2
Model: Ibu dan anak
Lokasi: Melaka
Huraian: Lokasi ini sering menjadi tumpuan pelancong untuk eriadah kerana keindahan pemandangannya. Dengan menggunakan asas fotografi siluet, gambar ini diambil dan ibu dan anaknya itu menjadi fokus utama di dalam gambar.
2) Siluet Tumbuhan
Papan Cerita 1
Lokasi: UPM
Masa: Tengahari
Huraian: Siluet tumbuhan ini diambil ketika matahari sedang berada tegak di atas kepala. Walaupun tumbuhan itu kelihatan gelap, namun bentuk pokok tersebut masih jelas kelihatan.
Papan Cerita 2
Lokasi: Avenue K
Masa: Pada waktu malam
Huraian: Siluet masih boleh diambil pada waktu malam seperti gambar di atas. Hal ini demikian kerana latar belakangnya yang gelap dan mempunyai cahaya yang terhad, pokok itu masih kelihatan jelas.
Bukti kehadiran saya pada 12 April 2021 (Isnin)
ADILLAH BINTI ANUAR (204098)
No comments:
Post a Comment