Wednesday, April 21, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-DILEMA PENGEMBARA

https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o

Rujukan: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia yang diakses pada 19 April 2021 daripada https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o

    Topik yang dibincangkan pada hari ini agak menarik iaitu 'Dilema Pengembara'. Menurut Dr. Siti Nur Aliaa Roslan, pengembara bukan sahaja didefiniskan sebagai mengembara di luar negara sahaja tetapi apa sahaja destinasi yang kita pergi boleh dikatakan sebagai mengembara. 

     Dr. Siti Nur Aliaa juga telah memberi inspirasi kepada saya kerana beliau telah mengembara ke 21 buah negara di seluruh dunia tidak termasuk di semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak. Walaupun kita terpaksa keluar dari zon selesa kita untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat yang baru, namun apa yang akan kita peroleh iaitu dari segi pengalaman dan sebagainya sangat menarik perhatian saya. 

    Perkongsian Dr. Siti Nur Aliaa mengenai pengalamannya pergi ke tempat yang baru, beliau berasa sangat teruja untuk mempelajari perkara yang baru. Sebagai contoh, makanan, adat resam, tempat-tempat yang menarik, bahasa yang digunakan dan sebagainya. 

    Walaupun mempunyai pelbagai kesukaran semasa mengembara, namun Dr. Siti Nur Aliaa dapat mengatasi kesukaran-kesukaran tersebut dengan adanya orang-orang di sekelilingnya yang sentiasa memberi sokongan kepada beliau. 

    Melalui perkongsian ini, saya berasa lebih teruja dan tidak sabar untuk mengumpul duit dan belajar bersungguh-sungguh untuk mengembara di seantero dunia, 



ADILLAH BINTI ANUAR (204098)

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410

 Senarai Tajuk Tugasan BBM3410 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MU...