Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1A


Tengok gambar je dah cantik kan? Apa lagi bila jumpa depan-depan hahaha saya gurau je tapi confident tu kena ada hihi. Bismilahirahmanirrahim, Assalamulaikum pembuka bicara. Pada pagi yang indah ini, izinkan saya Adillah binti Anuar untuk memperkenalkan diri. Hahahah terasa formal pula cakap macam ni. Saya pelajar jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu, bernombor matriks 204098 dan belajar di Universiti Putra Malaysia atau dikenali sebagai UPM. Ramai yang terkesima bila saya cakap yang saya ni dapat masuk UPM pada mulanya kerana UPM ni di antara the best university dalam Malaysia. Jadi mereka mempunyai expectation yang tinggi terhadap saya. Saya bukanlah daripada keluarga yang senang jadi saya membawa harapan ibu, ayah dan adik-beradik yang lain untuk mendapatkan ijazah kelas pertama dengan jayanya satu hari nanti. Nak tahu cerita lucu tak? Sebenarnya saya baru pertama kali buat blog jadi saya pun tak tahu cara penggunaanya dengan lebih details tapi saya akan terus belajar sehingga saya mahir menggunakannya hihi maklumlah saya dapat tenaga pengajar yang berkaliber di UPM ini yang boleh membantu saya. Nak tahu siapa? Ha, Kalau nak tahu, kena la masuk UPM dulu dan amik kursus BBM3410. Okay la, sampai di sini sahaja sesi suai kenal kita. Sampai jumpa lagi di masa akan datang!

4 comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410

 Senarai Tajuk Tugasan BBM3410 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MU...