Thursday, May 20, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-STRATEGI KOMUNIKASI

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.  Penerbit UMT, Kuala Nerus Terengganu.





Di sini, saya lampirkan sekali bukti kehadiran amali saya untuk 20 Mei 2021 (Khamis)



ADILLAH BINTI ANUAR (204098)

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT (GADIS JK)

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.


1. One Shot 

Video one shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video. Video ini juga tidak memerlukan penyuntingan kecuali bahagian akhir yang memerlukan kredit. penggambaran tersebut menunjukkan mimik nyanyian individu atau kumpulan. Durasi video adalah lebih kurang 3 minit mengikut durasi lagu yang dipilih.



https://youtu.be/hAogVO19eaU



2. One Shot Two Layer

Video ini dirakamkan dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian. Biasanya lakonan mengenai jalan cerita yang terkandung dalam lagu tersebut untuk membuatkan video tersebut mnjadi menarik.



https://youtu.be/xBGf_jnO8XQ




3. One Shot Three Layer

Video ini pula menunjukkan bahawa terdapat tiga lapisan dalam satu video tersebut. Tiga lapisan tersebut adalah lapisan nyanyian, lakonan dan pergerakan. Lapisan pergerakan boleh dilakukan di kawasan pokok-pokok yang bergoyang atau mempunyai objek yang bergerak seperti laluan kenderaan. Pergerakan tersebut mestilah tidak dirancang atau dibuat-buat.




https://youtu.be/buULsyFKLyU

BBM3410-2021-MINGGU 7- VIDEO SETEMPAT

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.

BBM3410-2021-MINGGU 7- VLOG HARI RAYA (GADIS JK)

https://youtu.be/mjN9PeN6k6w


Assalamualaikum dan hai semua, kali ini kami menyediakan satu video yang bertemakan hari raya versi tersendiri daripada kumpulan kami iaitu Gadis JK. Didalam video ini, kami berkongsi pengalaman suasana hari raya di rumah masing-masing dan kumpulan kami juga merupakan salah satu kumpulan yang mempunyai ahli kumpulan non-muslim tetapi itu tidak menghalang kami untuk berkongsi kegembiraan suasana hari raya tersebut dengan mereka. Di dalam video ini, kami memilih untuk menggunakan platform 'Zoom' untuk menjawab segala pertanyaan serta berkongsi pengalaman, budaya, makanan, dan sebagainya. Menarik bukan? Jadi, marilah saksikan video yang kumpulan kami telah sediakan.

 

Pengarah: Na Li Xian (203932)


Producer: Nur Iffah Syakirah binti Md Sham (202912)


Video arrangement by: Adillah binti Anuar (204098)


Music director: Fariesya Nabila binti Mat Noh (203918


Penulis skrip: 

1. Siti Nureedayu binti Mohd Zapuri (203933)

2. Nurfaqihah Husna binti Mohd Termizi (203923)


Editor video:

1. Siti Nuratiqah binti Rahmatb(203931)

2. Salimah binti Ahmad @ Noor (201844)


Idea and konsep by:

1. Ellyliddia bt Rolling (201808)

2. dinesha A/P Samy (203931)


Lagu: Saloma - Selamat Hari Raya Cover | Guitar Instrumental version

Artis: Henrisaputra 

Nama Youtube: Hendrisaputra Present 

Link: https://youtu.be/_ohPyi5-LIo


 

ADILLAH BINTI ANUAR (204098)


Sunday, May 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA-GADIS JK

 

https://youtu.be/msj7RSe7pf8



    Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini saya akan kongsikan serba sedikit tentang simpulan bahasa. Apa itu simpulan bahasa? Simpulan bahasa menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkatan-perkataan yang membentuknya.

    Dalam video tersebut, kumpulan kami ada menunjukkan beberapa gambar yang menerangkan makna simpulan bahasa tersebut. Video tersebut dibuat bertujuan untuk memudahkan para pembaca untuk memahami makna simpulan bahasa tersebut.


Kredit: https://youtu.be/Zeo8N8OK_1c
Lagu: Instrumental Melayu 
Tajuk Lagu: Ketupat


Sunday, May 2, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.


https://youtu.be/5r9zXK-lT0U


Asas Fotografi Flatlay:

1. Flatlay

Flatlay merujuk kepada kamera yang diletakkan 90 darjah dan gambar atau foto diambil dari bahagian atas.


2. Half flatlay

Half flatlay diambil dengan keadaan kedudukan kamera berada pada sudut 45 darjah daripada objek yang ingin difokuskan. Gambarnya diambil dari bahagian sisi atas objek yang ingin ditangkap.


3. Quarter flatlay

Quarter flatlay bermaksud gambar yang diambil berada pada kedudukan separuh daripada hal flatlay iaitu 22.5 darjah daripada objek yang ingin ditangkap.


4. Zero flatlay

Zero flatlay ini bermakna tiada ataupun 0 darjah. Kamera diletakkan di atas lantai atau meja yang selari dengan kedudukan objek yang ingin digambar.


Soundtrack: (Makoto Kowata) "flying witch" Soundtrack

By: Yoshiaki Dewa

Link: https://youtu.be/M0jmlEYolRg


Di sini, saya sertakan sekali bukti yang saya sudah subscribed youtube channel Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.


ADILLAH BINTI ANUAR (204098)


SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410

 Senarai Tajuk Tugasan BBM3410 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MU...