Pages

Sunday, April 4, 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK KESESUAIAN-GADIS JK

 BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESESUAIAN

A)   GAMBAR INTERNET



Elemen: Kesesuaian

Tema: Pantai

Rujukan: https://images.app.goo.gl/s6eWRyAufiQsfPTU8

Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik kesesuaian. Hal ini kerana, gambar di atas menggambarkan suasana di pantai yang mana terdapat lima orang sedang menikmati suasana di persisiran pantai. Kelihatan mereka yang gembira dan senang menikmati keadaan di pantai yang tenang dan mendamaikan. Kelihatan langit yang berwarna jingga kemerahan menandakan suasana waktu yang hampir senja. 



Elemen: Kesesuaian

Tema: Pendidikan

Rujukan: https://www.google.com/search?q=Poster-tema-pendidikan-6&client=firefox-b-d&tbm=isch&source=iu&ictx=1&fir=hJxtsi-87E8r3M%252CQuN-Ele6IBxKVM%252C_&vet=1&usg=AI4_-kSrYtY-fsbIEmPBADTR6e8AKzNe1A&sa=X&ved=2ahUKEwje9YS-juLvAhVPyjgGHRRVC1QQ9QF6BAgNEAE 

Huraian: Penekanan elemen  dalam gambar tersebut ialah elemen asas grafik kesesuaian. Latar belakang yang sesuai menunjukkan tema yang ingin disampaikan iaitu setiap manusia mestilah mempunyai ilmu pengetahuan supaya dapat menjadi manusia yang berguna pada masa hadapan. Latar yang diletakkan seperti gambar imej buku dan sebagainya yang melibatkan perkara yang dipelajari di sekolah . Penggunaan garisan yang berjalur mampu memperlihatkan bahawa perjalanan masih jauh lagi, banyak pengalaman yang mesti kita  belajar dan gapai terlebih dahulu .Gambar seorang lelaki yang memakai beg sekolah menunjukkan semangat budak lelaki tersebut untuk menimba ilmu pengetahuan. Gambar tersebut sangatlah sesuai kerana penggunaan latar yang tepat dan jelas mampu meningkatkan kefahaman apabila melihat gambar tersebut.



Elemen: Kesesuaian

Tema: Suasana pada malam raya

Rujukan: https://www.hmetro.com.my/minda/dialoka/2017/06/239896/seronok-sambut-hari-raya-ketika-cuti-panjang

Huraian: Foto ini mempunyai elemen asas grafik kesesuaian kerana latar belakang, situasi orang sekeliling dan waktu yang diperlihatkan sangat menepati antara satu sama lain. Foto ini berlatar belakangkan sebuah rumah yang dihiasi lampu kelip-kelip yang berwarna-warni dan pelita api. Ditambah pula dengan watak kanak-kanak dan ibu bapa sedang bermain bunga api.  Walaupun tidak berbaju tradisional melayu kita masih dapat menangkap imej tersebut ingin menyampaikan mesej suasana di malam hari raya.



Elemen: Kesesuaian

Rujukan: http://qairinatailoring.blogspot.com/2020/08/suasana-di-kampung.html

Tema: Suasana di kampung

Huraian: Gambar seorang emak dan dua orang anaknya sedang menikmati suasana di kampungya. Mereka mengambil gambar di tengah jalan raya yang dihiasi dengan sawah di kiri dan kanan mereka. Kelihatan matahari mulai terbenam menunjukkan suasana pada waktu petang. Dalam elemen ini, grafik sangat bersesuaian dengan latar tempat, latar masa dan latar watak.



Elemen: Kesesuaian

Tema: Kampung

Rujukan: https://najwastory.com/2020/03/09/tempat-viral-instagrammable-kg-agong-penaga/

Huraian: Foto kanak-kanak sedang berjalan di kampung. Suasana kampung yang amat mendamaikan. Suasana petang di kampung sangatlah damai. Tiupan angin ditunjukkan pada daun pokok kelapa. Maka, gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik kesesuaian. 




 Elemen: Kesesuaian

Tema: Nutrisi

Rujukan: https://www.gettyimages.com/detail/news-photo/car-passes-a-highway-billboard-advertisement-with-a-model-news-photo/1228445753

Huraian: Papan iklan tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu kesesuaian. Papan iklan tersebut menyampaikan mesej tentang produk mininum berkhasiat yang khususnya untuk golongan warga emas, iaitu yang berumur 60 tahun ke atas. Gambar watak lelaki yang berambut putih dan kelihatan berusia 60 lebih digunakan pada papan iklan tersebut bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan. Dengan ini, dikatakan bahawa papan iklan tersebut merupakan grafik yang bersesuaian dengan latar watak dan latar belakang.



Elemen: Kesesuaian

Tema: Perayaan

Rujukan: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrS6IXNfUf2H3Eg8AVkDqq6Vr5qKAov-2yWhAJNoILJjepyiowW_lcELX-PCZ_2x8Dx9rbSfBoDAZZiw-5AeAHEHHGtxeelAaoVzuHv6TwrrGH4iGe4Y4_p2nOiWGCjospKQwyse8pOm6Y/s1600/Blog_DakuAmat_aidilfitri.jpg

Huraian: Grafik yang digunakan bersesuaian dengan latar yang terdapat di dalam foto tersebut. Latar masa, latar tempat dan latar watak di dalam foto itu berkait antara satu sama lain. Latar tempat di dalam foto itu adalah di luar rumah, latar masa pula pada waktu malam dan latar wataknya, terdapat empat orang yang sedang bergembira bermain bunga api bersama. Maka jelaslah bahawa foto itu mengandungi elemen asas grafik kesesuaian.



Elemen: Kesesuaian

Tema: Solat berjemaah

Rujukan: https://iluminasi.com/img/upload/iluminasi-sejarah-hari-raya4-279.jpg

Huraian: Elemen asas grafik kesesuaian ditunjukkan melalui kesesuaian bahan grafik dengan latar. Latar terbahagi kepada tiga latar iaitu latar tempat, latar masa dan latar watak. Gambar di atas menunjukkan jemaah yang sedang menunaikan solat di sebuah masjid. Watak dalam gambar menunjukkan kesesuaian dan berkaitan antara satu dengan yang lain yang menunjukkan keadaan yang ingin difokuskan.



Elemen: Kesesuaian

Tema: Kampung halamanku

Rujukan : https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FKampung-HalamanKu-Tercinta-515994128528425%2Fposts&psig=AOvVaw1tqYuH7WW90BORyVj_vXo7&ust=1617473151881000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCNDLqJmT4O8CFQAAAAAdAAAAABAD

Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen grafik yang utama iaitu elemen kesesuaian. Elemen kesesuaian ini didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar seperti latar tempat yang terdapat dalam gambar di atas. Foto di atas merujuk kepada sebuah kampung dan terdapat seorang lelaki sedang menunggang motosikal. Keadaan langit yang hampir gelap jelas kelihatan pada waktu senja dan dihiasi dengan warna hijau padang rumput di sebelah bawah foto.


Elemen: Kesesuaian

Tema: Alam sekitar

Rujukan: https://www.google.com/search?q=save+our+environment+banner&tbm=isch&ved=2ahUKEwjl66qEmt3vAhVoMbcAHYeECYcQ2-cCegQIABAA&oq=save+our+environment+banner&gs_lcp=CgNpbWcQAzoGCAAQBxAeOggIABAIEAcQHjoCCABQyPMBWLOEAmDKiQJoAHAAeACAAXWIAakHkgEDMy42mAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=idFlYKWDKOji3LUPh4mmuAg&bih=568&biw=1349&hl=en

Huraian: Gambar di atas melibatkan kesemua lima aspek grafik  namun demikian aspek kesesuaian lebih menyerlah. Ini dapat dilihat melalui latar tempat, latar masa dan latar watak yang sesuai. Gambar di atas memberi gambaran berkenaan dengan tema 'Go Green' dan bagaimana kita boleh melaksanakan 'Go Green' tersebut. Ada juga watak yang menunjukkan aksi membuang sampah yang jelas menunjukkan cara untuk melaksanakan 'Go Green' tersebut. Grafik-grafik dalam gambar di atas juga bersesuaian dengan tema 'Go Green'.


B) GAMBAR SENDIRI




Elemen: Kesesuaian

Tema: Perkahwinan

Rujukan: Fariesya Nabila binti Mat Noh

Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik yang utama iaitu elemen kesesuaian. Gambar di atas menunjukkan gambar pasangan pengantin yang melakukan sesi fotografi di luar. Langit di belakang yang kelihatan luas kebiruan menandakan suasana dalam gambar tersebut adalah pada waktu petang. Latar tempat, latar masa dan juga latar watak yang berkait menunjukkan bahawa gambar di atas mempunyai elemen kesesuaian.



Elemen: Kesesuaian

Tema: Semasa majlis anugerah

Rujukan: Ellyliddia bt Rolling

Keterangan: Penekanan yang ada di dalam gambar tersebut adalah tentang kesesuaian. Gambar tersebut menunjukkan pelajar-pelajar yang baru tamat persekolahan serta pelajar tersebut juga memakai jubah. Ini menunjukkan bahawa gambar tersebut diambil semasa hari penyampaian anugerah. Latar belakang yang sesuai digunakan iaitu di dalam dewan dan kelihatan mereka sangat gembira semasa majlis tersebut berjalan dengan lancar. Kesesuaian latar yang menyebabkan timbul suasana yang harmoni dan berkaitan antara satu sama lain.



Elemen: Kesesuaian

Tema: Beriadah di tepi pantai

Rujukkan: Siti Nuratiqah Binti Rahmat

Keterangan: Elemen asas grafik kesesuaian dapat dilihat di dalam gambar ini kerana latar watak, latar masa, dan latar belakang berhubung kait. Foto yang memaparkan latar belakang laut, langit yang berwarna biru serta watak yang sedang beriadah atau bermandi-manda di situ. Dari foto ini, sudah cukup jelas memperlihatkan suasana yang sewajarnya apabila berada di pantai. Malahan waktu yang diperlihatkan juga sesuai dengan aktiviti utama yang kita lakukan di pantai.



Elemen: Kesesuaian

Rujukan: Nur Iffah Syakirah Binti Md Sham

Tema: Pulau

Huraian: Sekeping gambar menunjukkan seorang wanita kelihatan gembira berenang di sebuah pulau. Kelihatan pemandangan yang indah dengan cuaca yang redup. Pemandangan di belakang mencantikkan lagi gambar tersebut. Grafik ini bersesuaian kerana adanya latar tempat iaitu di Pulau Mabul, latar masa iaitu pada waktu petang dan latar watak iaitu seorang wanita



Elemen: Kesesuaian

Tema: Pusat kuarantin

Rujukan: Nureedayu Zapuri

Huraian: Foto tersebut menunjukkan suasana di tempat kuarantin. Kelihatan banyak aktiviti sendiri yang sedang dilakukan oleh pesakit. Terdapat juga keadaan suasana awal malam di pusat kuarantin. Maka, foto ini menunjukkan adanya elemen asas grafik kesesuaian.



Elemen: Kesesuaian

Tema: Ilmu pengetahuan

Rujukan: Na Li Xian

Huraian: Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu kesesuaian. Gambar tersebut menyampaikan mesej tentang suatu pameran buku yang akan diadakan di Sunway Pyramid. Gambar buku yang berada di hujung kanan berkait rapat dan bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan. Dengan ini, dikatakan bahawa gambar tersebut merupakan grafik yang bersesuaian dengan latar belakangnya. Pada masa yang sama, warna teks dan latar belakang yang digunakan adalah sesuai.



Elemen: Kesesuaian

Tema: Pengangkutan awam

Rujukan: Adillah binti Anuar

Huraian: Foto orang yang sedang berada di dalam pengangkutan awam ini sangat sesuai dengan latar masa dan latar tempat yang ada. Setiap orang tidak menghiraukan hal orang lain dan hanya menumpukan dengan diri masing-masing. Begitulah keadaan yang sering kali terjadi apabila menggunakan pengangkutan awam. Foto ini mengandungi elemen asas grafik kesesuaian.



Elemen: Kesesuaian

Tema: Muzium Kota Kuala Kedah.

Rujukan: Salimah Ahmad

Huraian: Grafik di atas menunjukkan elemen asas grafik kesesuaian. Foto ini menunjukkan fokus utama iaitu tembok dan rumah api lama yang bersesuaian dengan persekitaran muzium. Kedua-dua benda dalam grafik mempunyai ciri yang menunjukkan fungsi kesejarahan masing-masing. Oleh itu, jelas menunjukkan bahan grafik ini bersesuaian dengan latar tempat. 



Elemen: Kesesuaian

Tema: Persahabatan

Rujukan: Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi

Huraian: Gambar ini mempunyai elemen grafik yang umum iaitu elemen kesesuaian. Elemen kesesuaian ini merujuk pada latar tempat, latar masa dan latar watak dalam sesuatu foto. Foto ini kelihatan empat orang kanak-kanak sedang bermain permainan tradisional iaitu tarik upih pinang di kawasan lapang sebuah kampung. Langit membiru menunjukkan suasana pada waktu petang. Terdapat tulisan di bawah foto tersebut yang menunjukkan “Persahabatan” antara mereka.



 Elemen: Kesesuaian

Tema: Makanan

Rujukan: Dinesha Samy

Huraian: Gambar di atas dapat dikelaskan di bawah elemen asas grafik kesesuaian. Disebabkan oleh kesesuaian dari segi latar tempat, latar masa dan latar watak yang berkait antara satu sama lain. Grafik makanan telah diletakkan untuk menunjukkan makanan yang ingin difokuskan serta untuk menarik perhatian pembeli dengan mempromosikan harga sekali dalam gambar grafik tersebut.



Ketua Elemen Kesesuian: ADILLAH BINTI ANUAR (204098)

Penolong Ketua: FARIESYA NABILA BINTI MAT NOH (203918)

 



 




 





 



No comments:

Post a Comment