Pages

Sunday, April 4, 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK TEKS-GADIS JK

 BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-TEKS

A) GAMBAR INTERNET


Elemen: Teks

Tema: Fesyen

Rujukan: https://www.popwebdesign.net/billboards-novisad.html

Huraian: Papan iklan tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu teks. Saiz teks 'Clubround' yang besar menjadi fokus utama dapat menarik perhatian pengguna pada saat pertama. Teks 'Clubroun'” memudahkan pengguna memahami mesej yang ingin disampaikan, iaitu tentang jenama cermin mata tersebut. Saiz teks '$160' yang sederhana terletak di hujung kanan juga telah memberitahu pengguna harga produk secara terus-terang, dapat menarik pengguna untuk membelinya kerana harga produk telah diketahui. Jenis teks yang bold juga berfungsi memudahkan pembacaan pengguna, khususnya untuk pemandu di jalan raya untuk melihat dengan jelas.



Elemen: Teks

Tema: Kempen kesedaran

Rujukan: http://pergigiannegerisembilan.blogspot.com/2013/12/berhenti-merokok-lebih-mudah-jika-anda.html

Huraian: Poster ini disertai dengan teks “Tak nak!” dan “Kementerian Kesihatan Malaysia” yang memberi persepsi tentang poster tersebut. Penggunaan teks ini jelaslah bahawa poster ini menggunakan elemen asas grafik teks. Hal ini demikian kerana, penggunaan font yang besar itu boleh menarik minat orang ramai. Sesiapa yang melihat poster ini mesti melihat teksnya terlebih dahulu. 



Elemen: Teks

Tema: Pendidikan

Rujukan: https://www.google.com/search?q=gambar-virus-corona-14141413131231e&client=firefox-b d&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjU3_7GleLvAhU14jgGHbygC3EQ_AUoAXoECAEQAw&biw=1366&bih=654#imgrc=U80JwOoh3zluFM

HuraianPenekanan yang dapat dilihat di dalam gambar ialah teks yang digunakan. Teks yang digunakan untuk memberitahu kandungan gambar tersebut dengan lebih jelas dan lebih teliti kepada orang ramai. Cara- cara yang diberitahu untuk pencegahan dapat diterima secara langsung kepada orang yang membacanya. Tulisan 'COVID-19' yang ditulis dengan besar menjadikan bahawa poster ini untuk menceritakan tentang penjagaan kesihatan sepanjang gejala tersebut. Menggunakan teks yang mudah, boleh mempengaruhi daya pembacaan sesiapa sahaja. Tulisan yang sama saiz membolehkan pembaca membaca tanpa sebarang masalah . Tulisan yang ditulis secara menegak mampu menjadikan gambar tersebut lebih teratur dan tersusun.



Elemen: Teks

Tema: Iklan telefon pintar

Rujukan: https://ering.com.my/2018/11/reviu-eksklusif-samsung-galaxy- a7-2018-telefon-pintar-dengan-tri-kamera-pada-harga-ohsem/

Huraian: Dalam iklan ini, elemen teks yang merujuk kepada jenis dan saiz fon digunakan dalam imej. Teks 'tri-kamera' yang ditunjukkan memberikan persepsi kepada pelanggan yang telefon tersebut mempunyai tiga kamera. Sengaja mereka mengunakan fon teks yang lebih besar serta dikotakkan perkataan tersebut supaya dapat menarik pelanggan untuk fokus kepada mesej yang mereka ingin sampaikan. Warna yang digunakan bagi teks juga terang dapat menarik minat pelanggan untuk melihat. 



Elemen: Teks

Tema: Makanan

Rujukan: http://my.dubaibobang.com/retail-signs/restaurant-retail-signs/pizza-hut-restaurant-sign.html

Huraian: Sebuah restoran 'Pizza Hut' yang disertai dengan teks yang bersaiz tebal menampakkan lagi sebuah kedai 'pizza hut'. Dalam grafik ini, teks tersebut mempunyai ketiga-tiga faktor iaitu saiz font yang dipilih sangat sesuai kerana kelihatan jelas perkataan tersebut. Selain itu, kandungan dalam teks tersebut juga memberi pemahaman yang jelas kepada pembaca. Warna yang digunakan pada font tersebut juga jelas dan terang. Pengunjung yang melihatnya pasti akan berminat untuk singgah membeli.



Elemen: Teks

Tema: Makanan

Rujukan: https://www.facebook.com/108719577693631/photos/a.108761381022784/108761361022786/

Huraian: Gambar di atas melibatkan semua lima aspek grafik tetapi elemen teks lebih terserlah. Ini dapat dilihat melalui penggunaan jenis dan saiz font. Terdapat penggunaan saiz yang besar dan sederhana. Perkataan yang ingin difokuskan telah ditulis dengan font yang besar dan mudah dilihat oleh pembeliPenggunaan pelbagai jenis font juga dapat diperhatikan dalam gambar tersebut. Terdapat font yang standard dan juga italic font. Warna font juga nampak menarik dan menonjol.



Elemen: Teks

Tema: Minuman

Rujukan: https://www.iklanlah.com/

Huraian: Iklan tersebut mengandungi eleman asas grafik teks. Teks 'Refresh Your World' yang besar dan ringkas memberi persepsi tentang minuman tersebut. Ianya dapat menarik minat dan perhatian pengguna. Teks yang digunakan sangat jelas dan mudah difahami dengan sekali pandang sahaja. 



Elemen: Teks

Tema: Jualan telefon bimbit

Rujukan: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fering.com.my%2F2020%2F10%2Fiphone-12-12-mini-kini-rasmi-dijual-pada-harga-bermula-dari-rm3399%2F&psig=AOvVaw3Q1AMzO9j74Vk4aLuZPWdH&ust=1617471893923000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCJie_MaO4O8CFQAAAAAdAAAAABAK

Huraian: Gambar tersebut mengandungi elemen grafik yang utama iaitu elemen teks. Jenis font yang terdapat dalam gambar tersebut sangat jelas dan warna font juga sesuai dengan latar belakang gambar. 'Iphone 12 mini' yang terdapat di kiri gambar tersebut merujuk kepada jenis telefon. Manakala teks 'from 699' yang berada di bawah menunjukkan harga kepada iphone 12 mini tersebut.



Elemen: Teks

Tema: Makanan segera

Rujukan: https://images.app.goo.gl/HiHhGy23TRcsHppw6

Huraian: Papan iklan di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu teks. Saiz teks 'BUY ONE, GET ONE FREE WHOPPER' yang besar menyebabkan pelanggan memfokuskan pada tulisan tersebut. Iklan itu juga ingin menyampaikan mesej tentang setiap pembelian akan mendapat satu yang percuma. Dengan ini, tulisan 'FREE' yang ditebalkan dan lebih besar berbanding tulisan lain bukan sahaja dapat memberi keterangan tentang iklan tersebut tetapi juga dapat menarik perhatian pelanggan. 



Elemen: Teks

Tema: Jualan kosmetik

Rujukan: https://id.postermywall.com/index.php/art/template/1f0e535a1ca6645b98663fbcfb117814/cosmetic-make-up-sale-flyer-template-design#.YGhSHOgzbIU

Huraian: Elemen teks merujuk kepada saiz dan jenis bentuk tulisan dalam sesuatu bahan grafik. Teks berfungsi untuk membantu seseorang lebih memahami sesuatu mesej yang ingin disampaikan. Teks 'COSMETIC SALE' pada grafik di atas menunjukkan adanya jualan barang kosmetik yang akan diadakan. Selain itu, pemilihan warna hitam, saiz tulisan yang besar dan jenis bentuk tulisan yang sesuai menjadikan grafik yang dihasilkan mudah difahami dan menarik.  


B) GAMBAR SENDIRI



Elemen: Teks

Tema: Iklan kasut

Rujukan: Na Li Xian

Huraian: Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu teks. Saiz teks “LR SHOES” yang besar dan diletakkan di tengah gambar menjadi fokus utama dapat menarik perhatian pengguna pada saat pertama. Teks 'LR SHOES' dan 'CARR POLO' memudahkan pengguna memahami mesej yang ingin disampaikan, iaitu tentang nama syarikat dan jenama produk tersebut. Warna teks '2 FOR RM79 ONLY!' yang terang dan saiz yang sesuai dapat menonjolkan harga promosi dengan jelas kepada pengguna. Jelaslah bahawa teks memainkan peranan penting dalam sesuatu pengiklanan yang dapat menarik perhatian pengguna dalam tempoh masa yang pertama. Penggunaan jenis dan warna teks yang berlainan dapat menambah unsur menarik dalam sesuatu gambar.



Elemen: Teks

Tema: Anugerah

Rujukan: Adillah binti Anuar

Huraian: Teks yang ada pada piala tersebut memberi kesan yang cukup besar terhadap penglihatan seseorang. Sesiapa yang melihat foto ini, pastinya akan melihat teks yang ada di piala terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana penggunaan font yang bersaiz besar dan menarik dapat menarik minat orang ramai untuk membacanya. Teks yang digunakan juga sangat jelas dan mudah difahami.



Elemen: Teks

Tema: Makanan

Rujukan: Ellyliddia bt Rolling

HuraianPenekanan elemen asas grafik yang terdapat di dalam gambar tersebut ialah teks . Teks yang digunakan untuk menerangkan jenis makanan adalah sangat jelas dan tepat . Penggunaan saiz teks dan jenis teks yang digunakan juga sangat sesuai dan teratur. Apabila seseorang melihat gambar tersebut, mereka akan membaca dan mengetahui bahawa gambar tersebut menunjukkan makanan. Pada masa yang sama, maklumat pembekal, iaitu nama dan logo juga diberikan. Ini akan memudahkan orang ramai untuk membaca dan lebih mudah penerimaan mesejnya.



Elemen: Teks

Tema: Iklan kecantikan

Rujukan: Siti Nuratiqah Binti Rahmat

HuraianElemen asas grafik teks yang digunakan ialah perkataan 'sales' yang fonnya dibesarkan bagi menarik minat pelanggan untuk memfokuskan mesej yang ingin disampaikan. Perkataan 'Grab it now !!' dikecilkan bagi memberikan fokus utama kepada 'sales'. Malahan penggunaan warna merah dan kuning pada perkataan 'sales' dan '50%' juga menjadi tarikan kepada pelanggan untuk membeli. Daripada iklan tersebut, mereka akan faham bahawa produk yang dipaparkan mempunyai 'sales' dan berkemungkinan mereka akan bertindak jika mesej itu sampai kepada mereka.  



Elemen: Teks

Rujukan: Nur Iffah Syakirah binti Md Sham

Tema: Iklan

Huraian: Gambar di atas menunjukkan iklan tentang penggosok baju. Teks yang digunakan bersaiz sederhana dan ringan. Teks yang digunakan bersesuaian dengan gambar. Saiz font yang digunakan juga sesuai dalam pemilihan grafik tersebut. Warna teks yang terang dapat menerangkan kandungan grafik tersebut.



Elemen: Teks

Tema: Anugerah

Rujukan: Siti Nureedayu Bt Mohd Zapuri

Huraian: Gambar tersebut jelas menunjukkan adanya elemen asas grafik teks. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan teks dalam gambar tersebut. Penggunaan teks dan saiz font 'Detektif Terbaik November 2019' dan 'Jab. Siasatan Jenayah IPD Seberang Perai Selatan Pulau Pinang' akan menarik minat dan perhatian. Oleh sebab itu, gambar tersebut mempunyai elemen asas grafik teks. 



Elemen: Teks

Tema: Pasar Besar Kedai Payang

Rujukan: Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi

Huraian: Gambar berikut mengandungi elemen asas grafik yang utama iaitu teks. Jenis font yang digunakan dalam gambar rajah di atas 'PASAR BESAR KEDAI PAYANG' sangat jelas dan mudah difahami. Dengan adanya teks tersebut membolehkan seseorang mengetahui itu adalah pasar. Font yang digunakan dalam teks tersebut juga besar, tebal dan mempunyai warna yang jelas.



Elemen: Teks

Tema: Durian Crepe

Rujukan: Fariesya Nabila binti Mat Noh

Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu elemen teks. Gambar tersebut menunjukkan tulisan 'MINI MILLE CREPE DURIAN' yang lebih menonjol untuk memberitahu pengguna tentang perisa makanan tersebut. Dalam gambar tersebut juga mempunyai teks 'RM16' yang ditulis di bahagian kanan bawah gambar untuk menunjukkan harga makanan tersebut. Jenis font yang dipilih juga menarik dan mudah untuk difahami pengguna dan mampu menarik perhatian pengguna.



Elemen: Teks

Tema: Motivasi Diri

Rujukan: Salimah Bt Ahmad@ Noor

Huraian: Terdapat elemen asas grafik teks dalam grafik di atas yang mempengaruhi kefahaman individu. Teks 'PERJALANAN SERIBU BATU BERMULA DARI SATU LANGKAH’ menggunakan warna putih untuk disesuaikan dengan warna latar belakang yang agak gelap. Perkara ini penting untuk menonjolkan mesej dalam grafik. Saiz tulisan yang digunakan juga bersesuaian dengan keseluruhan bahan. Jenis tulisan yang ringkas memudahkan individu untuk membaca dan memahami teks yang dipaparkan.




Elemen: Teks

Tema: Penjagaan diri

Rujukan: Dinesha A/P Samy

Huraian: Gambar di atas dapat dikelaskan di bawah elemen asas grafik teks. Hal ini demikian kerana penggunaan jenis font dan saiz font yang tepat dan berkesesuaian. Terdapat saiz font yang dikecilkan dan ada yang dibesarkan supaya dapat dilihat secara jelas oleh pembeli. Contohnya, saiz front '40% off' adalah sangat besar dan dapat menarik perhatian pembeli dengan hanya sekali pandang sahaja. Melalui penggunaan jenis dan saiz font yang bersesuaian, mesej yang ingin disampaikan juga jelas dan mudah difahami.



Ketua Elemen Teks: NA LI XIAN (203932)

Penolong Ketua: SITI NUREEDAYU BT MOHD ZAPURI (203933) 





















No comments:

Post a Comment