BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-TEKS
A) GAMBAR INTERNET
Elemen: Teks
Tema: Fesyen
Rujukan: https://www.popwebdesign.net/billboards-novisad.html
Huraian: Papan iklan tersebut mengandungi elemen asas
grafik utama, iaitu teks. Saiz
teks 'Clubround' yang besar
menjadi fokus utama dapat menarik
perhatian pengguna pada saat pertama. Teks 'Clubroun'” memudahkan pengguna
memahami mesej yang ingin disampaikan, iaitu tentang jenama cermin mata tersebut. Saiz teks '$160' yang sederhana terletak di
hujung kanan juga telah memberitahu pengguna harga produk secara terus-terang,
dapat menarik pengguna untuk membelinya kerana harga produk telah diketahui.
Jenis teks yang bold juga berfungsi memudahkan pembacaan pengguna, khususnya untuk
pemandu di jalan raya untuk melihat dengan jelas.
Elemen: Teks
Tema: Kempen kesedaran
Rujukan: http://pergigiannegerisembilan.blogspot.com/2013/12/berhenti-merokok-lebih-mudah-jika-anda.html
Huraian: Poster ini disertai dengan
teks “Tak nak!” dan “Kementerian Kesihatan Malaysia” yang memberi persepsi
tentang poster tersebut. Penggunaan teks
ini jelaslah bahawa poster ini menggunakan elemen asas grafik teks. Hal
ini demikian kerana, penggunaan font yang besar itu boleh
menarik minat orang ramai. Sesiapa yang melihat poster ini mesti melihat
teksnya terlebih dahulu.
Elemen: Teks
Tema: Pendidikan
Huraian: Penekanan yang dapat
dilihat di dalam gambar ialah teks yang digunakan. Teks yang digunakan
untuk memberitahu kandungan gambar tersebut
dengan lebih jelas dan lebih teliti kepada orang ramai. Cara- cara yang diberitahu
untuk pencegahan dapat diterima secara langsung kepada orang yang membacanya. Tulisan 'COVID-19' yang ditulis
dengan besar menjadikan bahawa poster ini untuk menceritakan
tentang penjagaan kesihatan sepanjang gejala tersebut. Menggunakan teks yang mudah, boleh mempengaruhi daya
pembacaan sesiapa sahaja. Tulisan
yang sama saiz membolehkan pembaca membaca tanpa
sebarang masalah . Tulisan yang ditulis secara menegak
mampu menjadikan gambar tersebut lebih teratur dan tersusun.
Elemen: Teks
Tema: Iklan telefon pintar
Huraian: Dalam iklan ini, elemen teks yang merujuk kepada jenis dan saiz fon digunakan dalam
imej. Teks 'tri-kamera' yang ditunjukkan memberikan persepsi kepada pelanggan
yang telefon tersebut mempunyai tiga kamera. Sengaja mereka mengunakan fon teks
yang lebih besar serta dikotakkan perkataan tersebut supaya dapat menarik
pelanggan untuk fokus kepada mesej yang mereka ingin sampaikan. Warna yang
digunakan bagi teks juga terang dapat menarik minat pelanggan untuk
melihat.
Elemen: Teks
Tema: Makanan
Rujukan: http://my.dubaibobang.com/retail-signs/restaurant-retail-signs/pizza-hut-restaurant-sign.html
Huraian: Sebuah restoran 'Pizza Hut' yang disertai dengan teks yang bersaiz tebal menampakkan lagi sebuah kedai 'pizza hut'. Dalam grafik ini, teks tersebut mempunyai ketiga-tiga faktor iaitu saiz font yang dipilih sangat sesuai kerana kelihatan jelas perkataan tersebut. Selain itu, kandungan dalam teks tersebut juga memberi pemahaman yang jelas kepada pembaca. Warna yang digunakan pada font tersebut juga jelas dan terang. Pengunjung yang melihatnya pasti akan berminat untuk singgah membeli.
Elemen: Teks
Tema: Makanan
Rujukan: https://www.facebook.com/108719577693631/photos/a.108761381022784/108761361022786/
Huraian: Gambar di atas melibatkan
semua lima aspek grafik tetapi elemen teks lebih terserlah. Ini dapat
dilihat melalui penggunaan jenis dan saiz font. Terdapat penggunaan saiz yang besar
dan sederhana. Perkataan yang ingin difokuskan telah ditulis dengan font yang
besar dan mudah dilihat oleh pembeli. Penggunaan pelbagai jenis font juga
dapat diperhatikan dalam
gambar tersebut. Terdapat font yang standard
dan juga italic font. Warna font juga
nampak menarik dan menonjol.
Elemen: Teks
Tema: Minuman
Rujukan: https://www.iklanlah.com/
Huraian: Iklan tersebut mengandungi eleman asas grafik
teks. Teks 'Refresh Your World' yang besar dan ringkas memberi persepsi tentang
minuman tersebut. Ianya dapat menarik minat dan perhatian pengguna. Teks yang
digunakan sangat jelas dan mudah difahami dengan sekali pandang sahaja.
Elemen: Teks
Tema: Jualan telefon bimbit
Huraian: Gambar tersebut mengandungi elemen grafik yang utama iaitu elemen
teks. Jenis font yang terdapat dalam gambar tersebut sangat jelas dan warna font juga
sesuai dengan latar belakang gambar. 'Iphone 12 mini' yang
terdapat di kiri gambar tersebut merujuk kepada jenis telefon. Manakala teks 'from 699' yang berada di bawah menunjukkan harga kepada iphone 12
mini tersebut.
Elemen: Teks
Tema: Makanan segera
Rujukan: https://images.app.goo.gl/HiHhGy23TRcsHppw6
Huraian: Papan iklan di atas mempunyai elemen asas
grafik iaitu teks. Saiz teks 'BUY ONE, GET ONE FREE WHOPPER' yang
besar menyebabkan pelanggan memfokuskan pada tulisan tersebut. Iklan itu juga ingin
menyampaikan mesej tentang setiap pembelian akan mendapat satu yang percuma. Dengan ini, tulisan 'FREE' yang ditebalkan dan lebih
besar berbanding tulisan lain bukan sahaja dapat memberi keterangan tentang iklan tersebut tetapi juga dapat menarik perhatian pelanggan.
Elemen: Teks
Tema: Jualan kosmetik
Rujukan: https://id.postermywall.com/index.php/art/template/1f0e535a1ca6645b98663fbcfb117814/cosmetic-make-up-sale-flyer-template-design#.YGhSHOgzbIU
Huraian: Elemen teks merujuk kepada saiz dan jenis bentuk
tulisan dalam sesuatu bahan grafik. Teks berfungsi untuk membantu seseorang
lebih memahami sesuatu mesej yang ingin disampaikan. Teks 'COSMETIC SALE' pada
grafik di atas menunjukkan adanya jualan barang kosmetik yang akan diadakan.
Selain itu, pemilihan warna hitam, saiz tulisan yang besar dan jenis bentuk
tulisan yang sesuai menjadikan grafik yang dihasilkan mudah difahami dan
menarik.
B) GAMBAR SENDIRI
Elemen: Teks
Tema: Iklan kasut
Rujukan: Na Li Xian
Huraian: Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu teks. Saiz teks “LR SHOES” yang besar dan diletakkan
di tengah gambar menjadi fokus utama dapat menarik perhatian
pengguna pada saat pertama. Teks 'LR SHOES' dan 'CARR POLO' memudahkan pengguna
memahami mesej yang ingin disampaikan, iaitu tentang nama syarikat dan jenama
produk tersebut. Warna teks '2 FOR
RM79 ONLY!' yang terang dan saiz yang sesuai dapat menonjolkan
harga promosi dengan jelas kepada pengguna. Jelaslah bahawa teks memainkan
peranan penting dalam sesuatu pengiklanan yang dapat menarik perhatian pengguna
dalam tempoh masa yang pertama. Penggunaan jenis dan warna teks yang berlainan
dapat menambah unsur menarik dalam sesuatu gambar.
Elemen: Teks
Tema: Anugerah
Rujukan: Adillah binti Anuar
Huraian: Teks yang ada pada piala tersebut memberi kesan yang cukup
besar terhadap penglihatan seseorang. Sesiapa yang melihat foto ini,
pastinya akan melihat teks yang ada di piala terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana
penggunaan font yang bersaiz besar dan menarik dapat menarik minat orang ramai
untuk membacanya. Teks yang digunakan juga sangat jelas
dan mudah difahami.
Elemen: Teks
Tema: Makanan
Rujukan: Ellyliddia bt Rolling
Huraian: Penekanan elemen asas grafik yang terdapat di dalam gambar tersebut ialah teks . Teks yang digunakan untuk menerangkan jenis makanan adalah sangat jelas dan tepat . Penggunaan saiz teks dan jenis teks yang digunakan juga sangat sesuai dan teratur. Apabila seseorang melihat gambar tersebut, mereka akan membaca dan mengetahui bahawa gambar tersebut menunjukkan makanan. Pada masa yang sama, maklumat pembekal, iaitu nama dan logo juga diberikan. Ini akan memudahkan orang ramai untuk membaca dan lebih mudah penerimaan mesejnya.
Elemen: Teks
Tema: Iklan kecantikan
Rujukan: Siti Nuratiqah Binti Rahmat
Huraian: Elemen asas grafik teks yang digunakan
ialah perkataan 'sales' yang fonnya dibesarkan bagi menarik minat pelanggan untuk
memfokuskan mesej yang ingin disampaikan. Perkataan 'Grab it now !!' dikecilkan
bagi memberikan fokus utama kepada 'sales'. Malahan penggunaan warna
merah dan kuning pada perkataan 'sales' dan '50%' juga menjadi tarikan kepada pelanggan untuk membeli. Daripada iklan tersebut, mereka akan faham bahawa produk yang
dipaparkan mempunyai 'sales' dan berkemungkinan mereka akan bertindak jika
mesej itu sampai kepada mereka.
Elemen: Teks
Rujukan: Nur Iffah Syakirah binti Md Sham
Tema: Iklan
Huraian: Gambar di
atas menunjukkan iklan tentang penggosok baju. Teks yang digunakan bersaiz
sederhana dan ringan. Teks yang digunakan bersesuaian dengan gambar. Saiz font
yang digunakan juga sesuai dalam pemilihan grafik tersebut. Warna teks yang terang
dapat menerangkan kandungan grafik tersebut.
Elemen: Teks
Tema: Anugerah
Rujukan: Siti Nureedayu Bt Mohd Zapuri
Huraian: Gambar tersebut jelas menunjukkan adanya elemen
asas grafik teks. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan teks dalam gambar
tersebut. Penggunaan teks dan saiz font 'Detektif Terbaik
November 2019' dan 'Jab. Siasatan Jenayah IPD Seberang Perai Selatan Pulau
Pinang' akan menarik minat dan perhatian. Oleh sebab itu, gambar tersebut
mempunyai elemen asas grafik teks.
Elemen: Teks
Tema: Pasar Besar Kedai
Payang
Rujukan: Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi
Huraian: Gambar berikut mengandungi elemen asas grafik yang utama iaitu teks. Jenis font yang digunakan
dalam gambar rajah di atas 'PASAR BESAR KEDAI PAYANG' sangat jelas dan mudah
difahami. Dengan adanya teks tersebut membolehkan seseorang mengetahui itu
adalah pasar. Font yang digunakan dalam teks tersebut
juga besar, tebal dan mempunyai warna yang jelas.
Elemen: Teks
Tema: Durian Crepe
Rujukan: Fariesya Nabila binti Mat Noh
Huraian: Gambar di atas mempunyai
elemen asas grafik iaitu elemen teks.
Gambar tersebut menunjukkan tulisan 'MINI MILLE CREPE DURIAN' yang lebih menonjol
untuk memberitahu pengguna tentang perisa makanan tersebut. Dalam gambar
tersebut juga mempunyai teks 'RM16' yang ditulis di bahagian kanan bawah gambar
untuk menunjukkan harga makanan tersebut. Jenis font yang dipilih juga menarik
dan mudah untuk difahami pengguna dan mampu
menarik perhatian pengguna.
Elemen: Teks
Tema: Motivasi Diri
Rujukan: Salimah Bt Ahmad@ Noor
Huraian: Terdapat elemen asas grafik teks dalam grafik di atas yang mempengaruhi
kefahaman individu. Teks 'PERJALANAN SERIBU BATU BERMULA DARI SATU LANGKAH’
menggunakan warna putih untuk disesuaikan dengan warna latar belakang yang agak
gelap. Perkara ini penting untuk menonjolkan mesej dalam grafik. Saiz tulisan
yang digunakan juga bersesuaian dengan keseluruhan bahan. Jenis tulisan yang
ringkas memudahkan individu untuk membaca dan memahami teks yang dipaparkan.
Elemen: Teks
Tema: Penjagaan diri
Rujukan: Dinesha A/P Samy
Huraian: Gambar di atas dapat dikelaskan di bawah elemen asas grafik teks.
Hal ini demikian kerana penggunaan jenis font dan saiz font yang
tepat dan berkesesuaian. Terdapat saiz font yang dikecilkan
dan ada yang dibesarkan supaya dapat dilihat secara jelas oleh pembeli.
Contohnya, saiz front '40% off' adalah sangat besar dan dapat
menarik perhatian pembeli dengan hanya sekali pandang sahaja. Melalui penggunaan jenis dan saiz font yang
bersesuaian, mesej yang ingin disampaikan juga jelas dan mudah difahami.
Ketua Elemen Teks: NA LI XIAN (203932)
Penolong Ketua: SITI NUREEDAYU BT MOHD ZAPURI (203933)
No comments:
Post a Comment