Pengisian
penceritaan dalam video tersebuat adalah mengenai celik bahasa isyarat yang bertujuan
untuk membantu golongan yang kurang upaya. Bahasa isyarat merupakan salah satu
bahasa komunikasi. Tujuan untuk mempelajari bahasa isyarat adalah untuk memberi
kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa bahasa isyarat ini sangat
penting bukan sahaja untuk golongan orang upaya. Bahasa isyarat juga merupakan
bahasa pengantaraan.
Menurut
Prof. Dr. Normaliza Abd. Rahim, minat tidak menjadi jika tiada usaha untuk
belajar menggunakan bahasa isyarat. Satu eksperiman sosial telah dibuat oleh
beliau iaitu dengan menggunakan bahasa isyarat untuk berinteraksi dengan anak
sulung beliau di pusat beli belah di Ioi City Mall, Putrajaya dan di KLCC.
Melalui eksperiman sosial tersebut, beliau mendapati masyarakat memberi tumpuan
kepada beliau dan menunjukkan perassan ingin tahu tentang bahasa isyarat yang
digunakan.
Penggunaan
bahasa isyarat ini bertujuan untuk memahami apa yang dihadapi oleh golongan
kurang upaya ini dalam kehidupan seharian. Bahasa isyarat ini merupakan satu
bahasa yang sangat istimewa. Walaupun bahasa isyarat ini berbeza mengikut
penggunaan bahasa yang digunakan namun, penguasaan kita terhadap bahasa isyarat
boleh membantu kita secara tidak langsung, ia dapat membantu kita berkomunikasi
dengan semua orang tidak kira umur, bangsa, agama dan sebagainya.
Kekaguman,
sifat cemburu dan ingin tahu Prof. Dr. Normaliza Abd. Rahim ini terhadap
golongan kurang upaya ini mendorong beliau untuk belajar mengenai bahasa
isyarat. Sikap malas dan memandang sebelah mata terhadap golongan ini perlu
dibuang di dalam diri setiap individu. Ini bertujuan untuk memberi kesedaran
secara meluas kepada seluruh lapisan masyarakat.
Antara
cadangan yang diberi oleh Prof. Dr. Normaliza Abd. Rahim untuk mempelajari
adalah untuk mengaplikasikan penggunaan bahasa isyarat di rumah dan juga di
luar. Selain itu, kita juga perlu memberi pendedahan kepada anak-anak mengenai
penggunaan bahasa isyarat. Seterusnya, pembelajaran dan pengajaran bahassa
isyarat perlu diterapkan di dalam subjek yang perlu ada di sekolah, university dan
sebagainya.
Kesimpulannya,
bahasa isyarat merupakan salah satu bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi.
Melalui penggunaan bahasa isyarat juga kita dapat menyampaikan mesej yang ingin
kita tujukan. Di samping itu, bahasa isyarat ini boleh memudahkan kita untuk
memahami goongan kurang upaya. Jadi, bahasa isyarat ini sewajarnya dipelajari
oleh semua lapisan masyarakat supaya tiada kekurangan dan masalah komunikasi yang
berlaku.
No comments:
Post a Comment