Pages

Friday, April 9, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

Saksikan Rancangan Sembang Tamu: "Celik" Bahasa Isyarat

Rujukan: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia yang diakses pada 8 April 2021 daripada https://youtu.be/-h5hlplln24

Pengisian penceritaan dalam video tersebuat adalah mengenai celik bahasa isyarat yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang upaya. Bahasa isyarat merupakan salah satu bahasa komunikasi. Tujuan untuk mempelajari bahasa isyarat adalah untuk memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa bahasa isyarat ini sangat penting bukan sahaja untuk golongan orang upaya. Bahasa isyarat juga merupakan bahasa pengantaraan.

Menurut Prof. Dr. Normaliza Abd. Rahim, minat tidak menjadi jika tiada usaha untuk belajar menggunakan bahasa isyarat. Satu eksperiman sosial telah dibuat oleh beliau iaitu dengan menggunakan bahasa isyarat untuk berinteraksi dengan anak sulung beliau di pusat beli belah di Ioi City Mall, Putrajaya dan di KLCC. Melalui eksperiman sosial tersebut, beliau mendapati masyarakat memberi tumpuan kepada beliau dan menunjukkan perassan ingin tahu tentang bahasa isyarat yang digunakan.

Penggunaan bahasa isyarat ini bertujuan untuk memahami apa yang dihadapi oleh golongan kurang upaya ini dalam kehidupan seharian. Bahasa isyarat ini merupakan satu bahasa yang sangat istimewa. Walaupun bahasa isyarat ini berbeza mengikut penggunaan bahasa yang digunakan namun, penguasaan kita terhadap bahasa isyarat boleh membantu kita secara tidak langsung, ia dapat membantu kita berkomunikasi dengan semua orang tidak kira umur, bangsa, agama dan sebagainya.

Kekaguman, sifat cemburu dan ingin tahu Prof. Dr. Normaliza Abd. Rahim ini terhadap golongan kurang upaya ini mendorong beliau untuk belajar mengenai bahasa isyarat. Sikap malas dan memandang sebelah mata terhadap golongan ini perlu dibuang di dalam diri setiap individu. Ini bertujuan untuk memberi kesedaran secara meluas kepada seluruh lapisan masyarakat.

Antara cadangan yang diberi oleh Prof. Dr. Normaliza Abd. Rahim untuk mempelajari adalah untuk mengaplikasikan penggunaan bahasa isyarat di rumah dan juga di luar. Selain itu, kita juga perlu memberi pendedahan kepada anak-anak mengenai penggunaan bahasa isyarat. Seterusnya, pembelajaran dan pengajaran bahassa isyarat perlu diterapkan di dalam subjek yang perlu ada di sekolah, university dan sebagainya.

Kesimpulannya, bahasa isyarat merupakan salah satu bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi. Melalui penggunaan bahasa isyarat juga kita dapat menyampaikan mesej yang ingin kita tujukan. Di samping itu, bahasa isyarat ini boleh memudahkan kita untuk memahami goongan kurang upaya. Jadi, bahasa isyarat ini sewajarnya dipelajari oleh semua lapisan masyarakat supaya tiada kekurangan dan masalah komunikasi yang berlaku. 



ADILLAH BINTI ANUAR (204098)








No comments:

Post a Comment