Pages

Thursday, April 8, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-MUGSHOT

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.


Mug shot adalah gambar kecil pengidentifikasi, biasanya berupa gambar yang sudah di crop untuk menunjukkan wajah sahaja. Mug shot hanya digunakan bagi gambar sahaja dan bukannya video. Hal ini demikian kerana penggunaan mug shot di dalam video adalah tidak sesuai untuk dijadikan bahan. Kebiasaanya, mug shot diambil oleh wartawan ataupun polis bagi tujuan-tujuan yang tertentu. 


Model: Adillah binti Anuar


Emosi


A. Gembira


Huraian: Model ini menunjukkan riak muka gembira yang pelbagai. Daripada foto-foto ini, dapat kita simpulkan emosi yang dinyatakan dari raut wajah model sama ada gembira ketika mendapat khabar berita yang baik, berpura-pura gembira, gembira mencapai apa yang ingin dicapai dan sebagainya.


B. Sedih


Huraian: Model ini menunjukkan riak muka sedih yang pelbagai. Jelas kelihatan pada riak wajah model kelihatan sedih kerana kecewa, sakit hati, merajuk dan lain-lain.


C. Takut


Huraian: Foto di atas menunujukkan model dalam keadaan ketakutan. Emosi yang diberikan oleh model adalah berbeza mengikut situasi yang berlaku sama ada model berasa takut dimarahi, takut ditinggal seorang, takut dipukul dan lain-lain.


D. Geram


Huraian: Model menujukkan riak muka geram yang pelbagai. Sebagai contoh, model menujukkan rasa geram sehingga ingin memaharahi seseorang, geram yang menjengkelkan dan sebagainya.


E. Marah


Huraian: Kesemua foto ini berbeza mengikut apa yang ingin disampaikan oleh model. Sebagai contoh, model berasa marah kerana sakit hati, meluat, tidak berpuas hati dan sebagainya. 


F. Terkejut


Huraian: Model menunjukkan riak muka terkejut yang pelbagai. Mesej yang boleh disampaikan daripada riak muka model ialah terkejut mendapat berita yang tidak dijangka, terkejut sehingga tidak terkata dan lain-lain.




ADILLAH BINTI ANUAR (204098)

No comments:

Post a Comment