Senarai Tajuk Tugasan BBM3410
29. NOTA TEORI ANALISIS WACANA (VANDIJK, 1977)
30. NOTA TEORI ANALISIS WACANA (FAIRCLOUGH, 1995)
39. BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)
49. DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI
PENGAKUAN
Maka, berakhirlah kesemua tugasan yang diberikan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim bagi kursus BBM3210. Kesemua tugasan telah saya siapkan dan lengkapkan mengikut arahan dan tarikh yang telah ditetapkan oleh Prof. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kaih kepada Prof. Dr. Normaliza kerana telah mengajar saya dan rakan-rakan seperjuangan dengan penuh dedikasi. Berkat ilmu yang telah diajar oleh beliau, saya dapat aplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kuliah dalam kehidupan seharian saya. Dengan ini, saya Adillah binti Anuar pelajar bacelor sastera linguistik dan bahasa Melayu tahun 2 semester 2 sesi 2020/2021 yang memegang nombor matrik 204098 menyusun sepuluh jari meminta maaf sekiranya terdapat kekurangan pada tugasan yang telah saya siapkan ini. Walaupun pembelajaran dalam talian ini agak berat untuk saya hadapi dek kerana talian di kawasan perumahan saya agak teruk, namun semua itu tidak menjadi penghalang untuk saya terus berusaha untuk menyiapkan kesemua tugasan dengan tekun.